Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kru Artemis II Berdepan Gangguan Komunikasi, Terputus Selama 40 Minit

Kru Artemis II
Kredit: NASA

Kru Artemis II Berdepan Gangguan Komunikasi, Terputus Selama 40 Minit

Misi Artemis II dilapor berdepan gangguan komunikasi apabila para angkasawan dijadualkan untuk berdoa ketika kapal angkasa mereka kehilangan sambungan dengan kawalan di Bumi selama 40 minit.

Menurut Mirror UK, gangguan komunikasi itu akan berlaku ketika angkasawan melalui bahagian belakang Bulan sekitar jam 6.47 pagi esok (waktu Malaysia).

Ia merupakan kali pertama kru tersebut kehilangan hubungan dengan pusat kawalan misi di Houston, Texas sejak perjalanan mereka bermula pada 1 April lalu.

Difahamkan, perkara ini berlaku kerana isyarat radio dan laser yang membolehkan pasukan berkomunikasi secara berterusan dengan Bumi akan dihalang oleh Bulan itu sendiri.

Juruterbang Artemis II, Victor Glover berkata pasukan tersebut akan memanfaatkan tempoh tanpa komunikasi itu sebagai peluang untuk bersatu dan berdoa agar mereka dapat kembali berhubung dengan kru yang lain.

Telah mengumpul isyarat daripada kapsul Orion

"Apabila kita berada di belakang Bulan dan terputus hubungan dengan semua orang, jadikanlah itu sebagai satu peluang

"Mari kita berdoa, berharap, dan kirimkan doa serta pemikiran yang baik agar kita dapat kembali berhubung dengan kru," katanya lagi.

Bagi petugas yang berada di Bumi dan bertanggungjawab mengekalkan hubungan dengan kapal angkasa memaklumkan mereka akan berasa sedikit gementar apabila komunikasi terhenti buat seketika.

Stesen Bumi Goonhilly Earth Station di Cornwall telah mengumpul isyarat daripada kapsul Orion sebelum menyalurkan maklumat tersebut kembali ke ibu pejabat NASA.

Ketua pegawai teknologi, Matt Cosby berkata ini merupakan kali pertama pasukannya menjejak sebuah kapal angkasa yang membawa manusia.

“Kami berasa sedikit gementar apabila ia berada di belakang Bulan, dan kemudian kami akan sangat teruja apabila melihatnya semula kerana kami tahu mereka semua selamat,” katanya kepada media tempatan.

Beliau berkata, bagi memastikan kehadiran yang mampan di Bulan, sistem komunikasi sepenuhnya diperlukan 24 jam sehari, termasuk ketika berada di bahagian jauh Bulan, memandangkan kawasan tersebut turut berpotensi untuk diterokai.