Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KTMB Sedia ETS Tambahan Ke Johor Sempena PRN

KTMB
Kredit: Facebook KTM Berhad

KTMB Sedia ETS Tambahan Ke Johor Sempena PRN

Keretapi Tanah Melayu (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan ke selatan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi satu hantaran di Facebook, KTMB memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan itu akan mula dibuka pada pukul 12 tengah hari ini.

Menurut KTMB, tiket boleh dibeli menerusi aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi serta mesin kios tiket KTMB.

“Jom balik mengundi. ETS tambahan ke selatan sempena PRN bagi tarikh perjalanan dari 10 hingga 12 Julai,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor pada 11 Julai depan.

Sumber:KTM Berhad