Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kulit Anak Jadi Merah & Kering? Ini 5 Cara Atasinya
Waktu petang sememangnya waktu yang selalu ditunggu oleh anak-anak. Kebiasaannya, ibu bapa akan membawa anak-anak mereka beriadah pada waktu ini.
Ada yang hanya membawa anak mereka ronda-ronda dengan motosikal, ada yang membawa anak mereka ke taman permainan, gedung membeli belah dan bermacam tempat lagi.
Namun, jika ibu bapa membawa anak-anak ke taman permainan, hal yang paling dirunsingkan adalah mengenai keadaan kulit anak mereka selepas itu.
Biasanya, kulit anak-anak akan menjadi merah, ruam dan bahkan boleh menjadi kering.
Namun begitu, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi kerana terdapat cara mudah untuk mengatasi masalah ini.
Ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.
Kulit muka kering memang akan cepat terasa kering kalau selalu berpanas dan terdedah dengan matahari. Lebih-lebih lagi, jika si kecil yang alami perkara ini. Jika selalu terdedah, pasti membahayakan kesihatan mereka kerana boleh mengalami dehidrasi, sunburn dan strok haba.
Jadi, apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk lindungi anak mereka? Ini yang parents perlu tahu!
Untuk elakkan kulit muka anak anda kering kemerahan, sapukan sunscreen yang mengandungi SPF30 dan ke atas. Jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap 2 jam.
Jika kulit kerap terdedah kepada UV, kulit anak anda boleh menjadi sunburn.
Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak memilih material dan jenis pakaian yang selesa untuk anak anda gunakan. Elakkan memakai baju yang menyerap haba seperti pakaian berwarna gelap kerana boleh menyebabkan anak anda kepanasan!
Jika ingin beriadah, gunakan baju yang ringan dan menggunakan material selesa seperti kapas dan microfibre.
Ini dapat membantu melindungi kulit muka dan badan daripada rasa terbakar dan menjadi kemerahan.
Ketika anak anda aktif bermain, mereka akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan mereka kehilangan air yang ada di dalam badan.
Oleh itu, jangan lupa untuk sediakan air untuk anak anda ketika mereka keluar bermain. Jika tidak, anak anda boleh mengalami dehidrasi.
Bagi mengelakkan kulit muka kering, cuba rancang aktiviti pada waktu yang lebih sejuk seperti awal pagi atau lewat petang.
Elakkan anak anda daripada keluar pada waktu paling panas (antara 10 pagi dan 4 petang).
Hal ini kerana, ketika ini matahari semakin naik dan menjadikannya lebih terik.
Anda boleh beri galakkan untuk anak anda bermain air atau di dalam rumah sahaja.
Kulit muka kering kemerahan dan menggelupas? Anda boleh pakaikan pelembab pada si anak untuk merawat kulit muka mereka.
Untuk mencegah perkara ini terjadi lagi, jadikan pelembab dan pelindung suria sebagai rutin setiap hari terutamanya sebelum keluar rumah.
Dengan ini, kulit muka kering pasti dapat dielakkan!
Sumber: Hello Doktor