Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kunci Tertinggal, Lelaki Kreatif Hidupkan Motor Guna Suis Rumah

Lelaki Kreatif Hidupkan Motor
Kredit: @doubleyouwawa
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kunci Tertinggal, Lelaki Kreatif Hidupkan Motor Guna Suis Rumah

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri dan kadang kala dari minat itu lahirlah pelbagai inovasi yang tidak disangka-sangka.

Walaupun mungkin dilihat pelik bagi orang lain, ia boleh jadi satu kemahiran yang unik dan boleh dikembangkan lebih jauh.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Threads mengenai seorang lelaki yang menggunakan suis rumah untuk menghidupkan motosikal miliknya kerana tertinggal kunci di rumah.

Menerusi kiriman @doubleyouwawa, dia berkata adik lelakinya itu mengambil masa dalam setengah jam untuk menyiapkan 'inovasi' itu.

"Ini adik lelaki saya, sel-sel otak seorang jurutera sedang berhubung, hidupkan motor guna suis rumah.

"Aku letih la dia ni macam-macam idea terbit, dulu dekat TikTok FYP pasal mercun elektronik dia.

"Ni kunci motor dia tertinggal dekat rumah, dia nak pergi kerja tak boleh hidupkan motor," katanya.

Wawa berkata adiknya itu kini bekerja sebagai jurutera senior di sebuah syarikat di Pulau Pinang.

Justeru, tidak hairan jika lelaki itu boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam masa yang singkat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji inovasi yang dihasilkan itu.

"Mesti masa kecik-kecik banyak eksperimen yang menjadikan maknya singa"

"Hahahaha, kira geng Ranchoddas Shamaldas Chanchad ni"

"Ni maksudnya dia faham apa yang dia belajar, terbaik ko dik"

"Masuk plastik tak tahan tu. Risau kena hujan eh bang"

"Kalau abang saya pulak, buat tempat cas phone"