Kuwait Umum Pengurangan Pengeluaran Minyak Sebagai Langkah Berjaga-jaga
ISTANBUL, 8 Mac (Bernama-Anadolu) -- Kuwait mengumumkan pengurangan pengeluaran minyak mentah dan operasi penapisan sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan berulang Iran terhadap negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kuwait Petroleum Corporation memaklumkan pelarasan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap serangan Iran yang “berulang dan bermusuhan” terhadap Kuwait, menurut Agensi Berita Kuwait.
Perbadanan itu menegaskan bahawa pengurangan berkenaan adalah “semata-mata sebagai langkah berjaga-jaga” dan akan disemak semula mengikut perkembangan situasi semasa.
Syarikat itu kekal bersedia sepenuhnya untuk memulihkan tahap pengeluaran sebaik sahaja keadaan mengizinkan, tambahnya.
Keputusan itu dibuat ketika Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat sejak 28 Feb lepas.

