Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KWSP Sedang Perhalusi Kemudahan Pengeluaran Akaun 1

kwsp akaun 1
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

Sumber: BERNAMA