Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“KWSP Tidak Pernah Lantik Mana-Mana..,” KWSP Ingatkan Waspada Iklan Permohonan i-Citra Di Media Sosial

platform permohonan i-citra
Kredit: Bernama/KWSP

Di saat pandemik, penipu pun semakin kreatif memperdaya mangsa untuk masuk ke perangkap mereka. Ada yang menyamar sebagai wakil kurier, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun pihak polis untuk mendapatkan wang daripada mangsa.

Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhati-hati dengan kewujudan iklan platform permohonan i-Citra secara atas talian melalui laman web yang tidak sah.

Jelas KWSP, permohonan pengeluaran i-Citra hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi mereka sahaja.

“KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan Pengeluaran i-Citra anda.

“Berwaspada terhadap iklan permohonan Pengeluaran i-Citra yang dikongsikan melalui saluran media sosial. Ingat, permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat melalui portal i-Citra Online di https://icitra.kwsp.gov.my.”

#kwspahli #kwspinfo #janganlayanscammer

Oleh itu, pastikan anda membuat permohonan melalui platform i-Citra yang rasmi sahaja bagi mengelakkan daripada ditipu.

Kredit: KWSP

Sumber: KWSP