Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Iqbal Yasir
Gempa Bumi Lemah landa Segamat
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Penduduk daerah Segamat, Johor sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud yang dilapor berlaku pada jam 7:56 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pusat gempa terletak di koordinat 2.6° Utara dan 102.8° Timur pada jarak 13km Utara dari Segamat dengan kedalaman 10km.

Tambah jabatan itu, gegaran dirasai di Johor dan pihaknya memaklumkan akan terus memantau keadaan ini.

Sebelum ini pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.

Manakala semalam, gempa bumi lemah ketiga berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa diterima setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Gempa Bumi Segamat: Tiada Kerosakan, Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

BACA: Gempa Segamat: Bukti Fenomena Pengaktifan Semula Sesar Kuno Masih Berlaku – JMG