Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
lagu negaraku pendatang asing
Gambar: Bernama

Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar

Iqbal Yasir

Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar

PETALING JAYA, 23 Mei (Bernama) — Cubaan seorang pendatang tanpa izin menyamar sebagai rakyat tempatan ketika operasi penguatkuasaan dijalankan di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway di sini tidak berhasil, selepas dia gagal menyanyikan lagu Negaraku.

Suspek lelaki berumur lingkungan 30-an itu, antara 597 pendatang tanpa izin ditahan akibat pelbagai kesalahan imigresen ketika pemeriksaan dijalankan terhadap 1,597 warga asing dalam serbuan bermula 9 malam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata operasi mega itu disertai 139 anggota Imigresen serta dibantu 200 anggota Pasukan Gerakan Am, 40 anggota Majlis Perbandaran Petaling Jaya, enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam.

“Kesemua individu yang ditahan berumur 11 hingga 59 tahun, terdiri daripada 472 lelaki dan 125 wanita,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata serbuan itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan awam mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan berkenaan.

BACA: Maksud & Beza Tugas CEO, COO, CFO, CMO & CTO

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Pihak Imigresen mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi pendatang tanpa izin atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Jafri berkata semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen di Semenyih untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal, Jafri memaklumkan terdapat warga tempatan yang menyewakan unit kediaman di pangsapuri terbabit kepada pendatang tanpa izin berkenaan.

“Difahamkan kadar sewaan bagi sebuah rumah antara RM1,100 dan RM1,300 manakala ada juga rumah yang diubah suai dengan mendirikan partition dan disewa dengan kadar RM280 bagi setiap ruangan itu,” katanya.

Berdasarkan tinjauan Bernama, terdapat juga warga asing yang ditahan itu cuba melarikan diri sehingga sanggup merisikokan nyawa dengan hampir terjun dari tingkat lima pangsapuri terbabit, namun berjaya dihalang anggota Imigresen yang bertugas.

Sumber: Bernama