Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Laluan Selepas Keluar Plaza Tol Alor Pongsu Ditutup Bagi Kenderaan Ringan Akibat Banjir

Foto: LLM

Banjir yang mlanda daerah ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan dinaiki air termasuklah laluan selepas Plaza Tol Alor Pongsu (Jalan Bagan Serai – Selama) ditutup.

Menerusi perkongsian daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) trafik mengatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk kenderaan ringgan akibat banjir bagi mengelakan sebarang kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, para pengguna boleh menggunakan jalan altenatif yang lain dari arah utara melalui persimpangan Bukit Merah (EXIT 150) dan dari arah selatan, boleh melalui persimpangan Bandar Baharu (EXIT 153).

Justeru itu, orang ramai yang berada dikawasan dilanda banjir untuk sentiasa berhati-hati dan jaga keselamatan diri pada musim hujan ini.

Sumber: LLM Trafik