Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Langgar SOP Di KLCC, Wanita Bukan Warganegara Dikenakan Kompaun RM3,000

Gambar: Polis KL

Baru-baru ini, tular video seorang wanita bukan warganegara yang didakwa gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di sebuah butik Dior di KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Bin Yahaya melalui satu kenyataan hari ini berkata telah selesai siasatan berhubung perkara itu. Pihak polis mendapati wanita berkenaan telah melakukan dua kesalahan pelanggaran SOP di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Wanita tersebut didapati tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

Manakala kesalahan kedua adalah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.

Memetik kenyataan media Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya hari ini, wanita berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 terhadap dua kesalahan tersebut, di mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

Sumber: Polis KL