Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Langgar SOP Penganjuran Majlis Sosial, Barisan Nasional Dikompaun RM10,000

Gambar via Twitter

Parti Barisan Nasional (BN) dikompaun Pejabat Kesihatan Kepong susulan penganjuran sebuah majlis sosial bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, malam ini.

Menurut hantaran di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), parti tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta 342 kerana didapati gagal mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang telah ditetapkan.

Sebelumnya, beberapa video dan gambar sekitar Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka sempat beredar di pelbagai platform media sosial, menunjukkan keadaan sesak di dewan tersebut.

Sumber: KKM