Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Langit Gaza Bertukar Oren, Dilanda Ribut Pasir

Langit Gaza Bertukar Oren
Gambar: Anadolu/TRTworld

Langit Gaza Bertukar Oren, Dilanda Ribut Pasir

GAZA -- Ruang udara Gaza bertukar warna oren selepas wilayah berkenaan dilanda ribut pasir, lapor Agensi WAFA.

Ribut berkenaan mengakibatkan risiko kesihatan terhadap kalangan penduduk khususnya yang kehilangan tempat tinggal.

Lebih memburukkan keadaan, ribut berkenaan turut menerbangkan khemah-khemah di kawasan kem.

Amaran telah dikeluarkan berhubung risiko kesihatan, terutamanya penyakit pernafasan, memandangkan keadaan keselamatan asas masih tidak tersedia.

Difahamkan, ribut debu melanda seluruh kawasan Genting Gaza, dengan angin kencang memberi kesan langsung kepada khemah-khemah keluarga pelarian.

Menurut Jabatan Meteorologi tempatan, cuaca hari ini dijangka berdebu, serta separa mendung hingga mendung sepenuhnya.