Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lapan Motosikal Disita DBKL

LAPAN
Kredit: Facebook DBKL

Lapan Motosikal Disita DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita lapan buah motosikal yang diletakkan di laluan pejalan kaki dan kawasan awam sehingga menghalang pergerakan orang ramai dalam satu operasi khas di hadapan NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, semalam.

DBKL berkata, tindakan itu dilaksanakan menerusi Operasi Tindakan Khas Lalulintas Angkut Siri 11/2026 yang turut menyasarkan kenderaan persendirian yang diparkir di lokasi tidak dibenarkan, termasuk di laluan pejalan kaki dan kawasan awam.

Menurut DBKL, kesemua motosikal yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Pahang bagi tindakan lanjut.

“Kesemua motosikal berkenaan dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun serta penyimpanan sementara sebelum boleh dituntut semula oleh pemiliknya.

“DBKL turut mengeluarkan lapan notis kompaun atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, semua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

DBKL berkata, orang ramai yang mempunyai aduan atau maklum balas berhubung kesalahan lalu lintas serta halangan di kawasan awam boleh mengemukakannya melalui sistem aduan rasmi DBKL untuk tindakan lanjut.