Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 10 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan seluruh kawasan di negeri Perlis.
"Di Kedah, hanya daerah Langkawi diramal hujan. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Jeli.
"Selain itu, di Terengganu daerah yang diramal hujan adalah Hulu Terengganu, Dungun, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
"Sementara di Pahang hanya dua daerah diramal hujan meibatkan Bera dan Rompin. Di Negeri Sembilan hanya daerah Jempol.
"Di Johor pula termasuk Mersing dan Segamat. Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan seperti Sandakan (Sandakan)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.