Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di Kelantan dan Terengganu.
"Di Perak, kawasan yang diramal hujan lebat adalah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
"Di Selangor, daerah yang diramal hujan lebat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak. Sementara dua daerah di Johor, Mersing dan Kota Tinggi dijangka hujan pada petang ini.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis). Bagi Sabah pula adalah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.