Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka hujan.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.
"Manakala di Pulau Pinang pula melibatkan kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah. Di Pahang, hanya dua daerah diramal hujan seperti Bera dan Rompin.
"Selain itu, Jempol dan Tampin antara kawasan yang diramal hujan di Negeri Sembilan manakala di Melaka hanya Jasin.
"Di Johor, meliputi kawasan Tangkak dan Segamat. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal adalah Sibu (Selangau), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.
"Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.