Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lapan Negeri Diramal Hujan Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 11 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Kedah, melibatkan kawasan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, beberapa daerah di Terengganu diramal hujan seperti Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Sementara di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.
“Bagi Selangor pula, dua daerah dijangka hujan iaitu Hulu Selangor dan Gombak.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar),” maklum kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia