Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Johor, Sabah.
"Di Kedah, beberapa daerah diramal hujan adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula seperti Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
"Sementara beberapa daerah di Kelantan dijangka hujan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Selain Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
"Bagi Pahang, daerah yang dijangka hujan adalah hanya Tanah Tinggi Cameron. Di Selangor pula hanya di Hulu Selangor.
"Dua daerah Johor pula dijangka hujan seperti Mersing dan Kota Tinggi.
"Sabah pula hanya di Kudat (Kudat)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.