Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lapar Tengah Malam? Ini Snek Kenyang, Berat Tak Naik
Pernah tak, baru nak lelapkan mata, tiba-tiba perut mula berdendang minta diisi? Atau mungkin sedang syok tengok drama kegemaran di hujung episod, perut pula sibuk beri isyarat lapar?
Realitinya, ramai antara kita pernah alami situasi ini. Lapar di tengah malam memang susah nak dielakkan terutama bila makan malam terlalu awal atau siang tadi terlalu sibuk sampai terlepas waktu makan.
Malangnya, ramai juga yang tewas dengan godaan snek segera seperti mi goreng, keropok, biskut manis atau apa sahaja yang mudah dicapai dalam kabinet dapur.
Bila makan, memang puas hati. Tapi esok paginya, mula lah menyesal bila tengok angka atas penimbang naik perlahan-lahan. Sebenarnya, lapar di waktu malam tak salah pun tetapi yang salahnya adalah pilihan makanan kita.
Kalau anda sejenis yang selalu lapar di tengah malam, berita baiknya anda masih boleh makan tanpa rasa bersalah. Kuncinya, pilih snek yang betul.
Ada banyak snek sihat yang bukan sahaja boleh hilangkan rasa lapar malah bantu perut rasa selesa, tidur lebih lena dan yang paling penting tak menambah kilo pada berat badan.
Jadi, sebelum tangan anda capai jajan atau pes mi segera, jom tengok senarai snek tengah malam yang sihat ini. Pastikan lepas ni perut kenyang, tidur tenang dan berat pun kekal seimbang.
Greek yogurt adalah pilihan yang tepat untuk anda yang mahu snek ringkas tetapi tetap mengenyangkan.
Tidak seperti yogurt biasa, Greek yogurt ini mengandungi lebih banyak protein yang membantu memperlahankan rasa lapar dan membuatkan perut rasa kenyang sepanjang malam.
Probiotik di dalamnya juga menyokong kesihatan usus dan dapat menjadikan sistem penghadaman anda lebih lancar.
Lebih menarik, Greek yogurt ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Tambahkan sedikit hirisan buah-buahan segar, biji chia atau sedikit madu asli untuk rasa manis semula jadi tanpa menambah gula putih.
Selain sedap, snek ini juga mudah disediakan, Ianya sesuai untuk anda yang tidak mahu berlama-lama di dapur.
2. Buah-buahan rendah gula
Selain itu, ramai orang yang beranggapan semua buah sesuai untuk snek tetapi sebenarnya tidak semua buah sesuai dimakan lewat malam kerana kandungan gula semula jadinya yang tinggi.
Sebaiknya pilih buah-buahan yang rendah gula seperti epal hijau, strawberi, raspberi atau beri biru. Buah-buahan ini bukan sahaja rendah kalori malah kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman.
Serat ini juga membuatkan anda rasa kenyang lebih lama tanpa menambah beban kalori berlebihan. Anda boleh makan begitu sahaja atau potong kecil-kecil, masukkan ke dalam mangkuk kecil dan nikmati perlahan-lahan sambil menonton TV. Ianya adalah lebih sihat daripada kudapan bergula yang lain.
Senarai Snek Tengah Malam Yang Kenyang Tetapi Berat Tak Naik
Kalau anda perlukan sesuatu yang rangup untuk kunyahan tengah malam, segenggam kecil kacang badam panggang tanpa garam adalah pilihan yang sangat sesuai.
Kacang badam kaya dengan lemak sihat, protein dan serat yang terbukti dapat menahan rasa lapar dalam tempoh lebih lama. Lemak yang sihat di dalam badam juga baik untuk jantung dan dapat membantu untuk mengawal tahap kolesterol.
Namun begitu, pastikan anda mengambilnya dalam kuantiti sederhana sahaja kerana walaupun sihat, kacang tetap tinggi kalori jika diambil secara berlebihan.
Elakkan kacang yang bergaram atau disalut gula kerana ia akan membatalkan manfaat sihat yang ada.
4. Telur rebus
Jangan pandang rendah pada telur rebus. Snek ringkas ini sebenarnya mempunyai protein yang tinggi dan boleh menahan lapar tanpa menambah beban kalori.
Telur rebus sangat mudah disediakan. Cukup rebus beberapa biji siap-siap dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila rasa lapar datang, anda hanya perlu kupas kulitnya dan makan begitu sahaja.
Jika mahu, tambahkan sedikit serbuk lada hitam atau sedikit garam bukit sebagai penambah rasa. Telur juga mengandungi vitamin penting seperti vitamin D dan B12 yang menyokong fungsi otak dan tenaga.
Ini juga akan menjadikan anda lebih bertenaga keesokan pagi.
BACA : Dinding Rumah Kosong? Ini 8 Idea DIY Untuk Nampak Mewah
Jika anda mahu sesuatu yang lebih berat dan betul-betul mengenyangkan, semangkuk kecil oatmeal adalah jawapan terbaik.
Oat terkenal dengan kandungan serat larutnya yang membantu melambatkan proses penghadaman. Ini bermakna anda akan rasa kenyang lebih lama dan sekaligus mengelakkan anda daripada membuka peti sejuk berkali-kali.
Di samping itu juga, oatmeal juga baik untuk jantung kerana mengandungi beta-glukan yang membantu menurunkan tahap kolesterol.
Untuk rasa yang lebih sedap, masak oatmeal dengan susu rendah lemak atau air panas kemudian tambah sedikit madu, hirisan pisang atau taburan kekacang. Nikmati ketika masih suam. Ia bukan sahaja mengenyangkan malah menenangkan sebelum tidur.
Kadangkala kita makan di malam hari bukan kerana benar-benar lapar tetapi sekadar mahu mengunyah sesuatu. Kalau begitu, gantikan jajan bergaram atau biskut manis dengan sayur rangup seperti timun atau lobak merah.
Sayuran ini rendah kalori tetapi tinggi kandungan air dan serat dan sesuai untuk membersihkan mulut dan menenangkan perut sebelum tidur.
Anda boleh sediakannya dengan lebih awal. Potong timun atau lobak merah dalam bentuk batang kecil, simpan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.
Bila terasa mahu makan sesuatu, keluarkan dan kunyah perlahan-lahan sambil menonton TV atau membaca buku.
7. Susu rendah lemak atau susu soya
Bagi anda yang tidak mahu makan apa-apa yang perlu dikunyah, segelas susu rendah lemak atau susu soya tanpa gula tambahan boleh menjadi penenang perut yang sempurna.
Susu mengandungi protein, kalsium dan asid amino tryptophan yang membantu otot berehat dan menyokong tidur yang lebih berkualiti.
Minum susu suam sebelum tidur juga boleh membuatkan anda rasa lebih selesa, mengurangkan rasa stres dan memudahkan anda lena hingga pagi.
Jika mahu variasi, tambahkan sedikit serbuk kayu manis atau madu asli untuk aroma yang menenangkan.
Kesimpulannya, lapar di tengah malam sebenarnya bukanlah satu masalah besar asalkan anda bijak memilih apa jenis snek yang masuk ke mulut.
Snek sihat bukan sahaja dapat menenangkan perut yang kosong malah memberikan nutrisi penting tanpa menjejaskan usaha mengekalkan berat badan ideal.
Sumber : healthline, verywellhealth
BACA : Nak Buat Bateri Kereta Tahan Lama: Ini 8 Cara Paling Senang