Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Larang Kapal Masuk Isyarat Jelas Malaysia Tidak Bersekongkol Bantu Ekonomi Israel

Nur Syahirah Zainoor Hisham
kapal israel isyarat jelas ekonomi
Kredit: Bernama

Larang Kapal Masuk Isyarat Jelas Malaysia Tidak Bersekongkol Bantu Ekonomi Israel

PUTRAJAYA, 20 Dis (Bernama) — Keputusan kerajaan melarang kapal Israel memasuki Malaysia memberi isyarat jelas bahawa negara ini tidak mengiktiraf rejim Zionis itu dan tidak akan bersekongkol dalam usaha membantunya dari segi ekonomi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini, jurucakap kerajaan itu berkata keputusan tersebut adalah selari dengan dasar kerajaan selama ini yang memberi penegasan mengenai beberapa isu melibatkan Israel.

Beliau berkata langkah kerajaan membatalkan keputusan terdahulu pada 2002 dan 2005 yang membenarkan ZIM iaitu syarikat perkapalan berpangkalan di Israel memasuki Malaysia dengan serta-merta menunjukkan keutamaan negara dalam memperjuang nasib penduduk Gaza.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berkuat kuasa serta-merta, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, kapal yang menggunakan bendera rejim Zionis serta kapal dalam perjalanan ke negara itu dilarang memasuki atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri berkata sekatan itu adalah tindak balas terhadap perbuatan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan serta melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Fahmi juga berkata sekatan itu dijangka tidak menjejaskan operasi dari segi perkapalan dan penggunaan pelabuhan.

“Saya tidak ada angka spesifik berapa peratus daripada syarikat yang memasuki pelabuhan kita destinasinya ke Israel tetapi saya percaya jumlahnya tidak terlalu besar,” katanya.

BACA: Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan Di Jepun

Sumber: Bernama