Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Last Dance" Bersama Portugal? Kakak Dakwa Ronaldo Bakal Bersara Dari Pasukan Kebangsaan

Ronaldo Bakal Bersara
Kredit: AFP

"Last Dance" Bersama Portugal? Kakak Dakwa Ronaldo Bakal Bersara Dari Pasukan Kebangsaan

Kakak kepada bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, Katia Aveiro, mendakwa pemain itu akan bersara daripada bola sepak antarabangsa bersama Portugal selepas Piala Dunia 2026.

Perkara itu dilaporkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano yang memetik SportTV.

"Cristiano Ronaldo akan bersara daripada bola sepak antarabangsa bersama Portugal selepas Piala Dunia, kata kakaknya Katia," tulis Romano di laman media sosial miliknya.

SportTV menerusi laporannya pula berkata perjalanan karier Ronaldo bersama Portugal akan berakhir tidak lama lagi.

"Nikmatilah selagi ia masih ada. Ia akan berakhir tidak lama lagi. Maklumat yang saya ada, daripada sumber yang boleh dipercayai, ini adalah 'tarian terakhirnya'," kata SportTV.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ronaldo sendiri berhubung perkara itu.