Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Lauk 'Frozen' Kekal Segar dan Tahan Lama - Ini Rahsianya
Gambar AI
Tiada Kategori

Lauk “Frozen” Kekal Segar dan Tahan Lama – Ini Caranya

suhaila

Lauk ‘Frozen’ Kekal Segar dan Tahan Lama – Ini Rahsianya

Ramai orang sekarang semakin bijak memanfaatkan cara simpan lauk frozen di rumah kerana ia bukan saja menjimatkan masa di dapur malah tenaga pun boleh disimpan untuk kerja lain yang lebih penting.

Bayangkan selepas seharian penat bekerja atau menguruskan anak, anda cuma perlu buka peti sejuk, keluarkan lauk yang dah siap dimasak, panaskan sebentar dan terus hidang.

Tak perlu lagi fikir nak keluar beli lauk atau bersusah payah masak dari awal.

Menyimpan lauk frozen memang sangat praktikal dan jadi penyelamat bila tiba waktu kecemasan atau tak sempat memasak.

Tapi apa yang ramai orang tak sedar kalau salah teknik lauk frozen boleh cepat basi, berbau hanyir dan hilang rasa sedap. Lebih malang lagi semua jadi pembaziran apabila terpaksa dibuang begitu saja.

Sebab itu, penting untuk kita tahu cara sebenar supaya lauk frozen bukan saja tahan lama tetapi juga kekal segar, cantik rupa dan rasa seolah-olah baru dimasak.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan bongkarkan rahsia paling mudah dan praktikal yang ramai orang terlepas pandang.

Kalau anda ikut tip ini satu per satu, insyaAllah lauk frozen anda sentiasa selamat, sedap dan tak pernah mengecewakan bila tiba masa nak makan nanti.

1. Masak sampai betul-betul masak

Tip pertama ini nampak simple tapi sebenarnya ramai yang ambil mudah. Pastikan lauk dimasak hingga betul-betul mendidih dan cukup masak ke bahagian dalam terutama lauk yang berkuah, kari atau bersantan.

Kalau masih separuh masak atau kurang mendidih, bakteria mudah membiak walaupun disimpan dalam suhu beku.

Lauk yang tidak betul-betul masak juga akan cepat berkulat bila dicairkan. Jadi, jangan terburu-buru matikan api. Biarkan kuah benar-benar mendidih, rempah naik minyak dan daging empuk sepenuhnya.

Inilah asas untuk pastikan rasa lauk kekal sedap bila dipanaskan semula nanti.

2. Lebihkan minyak dan guna asam keping

Ramai mak-mak lama memang ada rahsia dapur yang ini. Bila menumis lauk seperti sambal, kari atau gulai, lebihkan sedikit minyak untuk bantu awet lauk.

Minyak bertindak sebagai pelindung semula jadi yang menyalut rempah supaya bakteria sukar membiak. Kalau lauk jenis berkuah pedas, boleh tambah sehiris dua asam keping.

Ini kerana asid dari asam keping akan membantu untuk menstabilkan rasa dan mengekalkan aroma segar. Cara ini bukan saja membantu untuk tahan lama tapi bila dipanaskan semula rasa lauk tetap wangi, tak berubah bau atau masam.

Jadi, jangan kedekut minyak kalau masak lauk frozen.

3. Sejukkan dulu baru simpan

Selain itu, ramai orang terus masukkan lauk panas-panas ke dalam bekas dan simpan dalam freezer. Sebenarnya, cara ini silap besar.

Lauk yang masih panas akan menghasilkan wap dan wap ini akan membeku jadi kristal ais di dalam bekas. Bila lauk dicairkan, ais ini akan mencairkan rasa lauk dan membuatkan teksturnya berair atau hambar.

Jadi, lepas lauk siap dimasak biarkan ia sejuk di suhu bilik terlebih dahulu. Kalau nak cepat, boleh letak atas dulang dan kipaskan sedikit supaya sejuk sekata.

Bila suhu dah suam baru masukkan ke dalam bekas atau ziplock bag untuk dibekukan. Hasilnya lauk akan kekal fresh dan rasa macam baru lepas masak bila dipanaskan semula.

4. Bahagi lauk ikut portion

Ini antara tip penting yang ramai orang malas buat tapi sebenarnya sangat berbaloi. Bahagikan lauk ikut portion sekali makan sebelum dibekukan.

Contohnya, kalau seisi keluarga makan 3 orang, simpan satu bekas cukup-cukup untuk 3 orang. Kaedah ini memudahkan anda untuk nyah beku. Anda tak perlu cairkan semua lauk kalau hanya perlukan sedikit.

Selain itu, cara portioning ini juga boleh elakkan pembaziran. Kalau lauk beku dah cair, tak boleh simpan balik dalam freezer sebab risiko bakteria.

Jadi, simpan portion kecil lebih praktikal dan teratur. Gunakan bekas kecil atau plastik ziplock supaya mudah disusun dalam freezer.

5, Guna bekas kedap udara

Bekas yang sesuai juga memainkan peranan penting. Elakkan guna bekas plastik murah yang mudah retak atau tidak rapat penutupnya.

Pilih bekas plastik gred makanan yang betul-betul kedap udara atau gunakan beg ziplock freezer yang tebal. Bekas yang kedap akan menghalang bau lauk bercampur dengan bahan lain dalam peti sejuk beku.

Ia juga membantu mengekalkan tekstur dan rasa lauk. Kalau simpan dalam bekas terbuka, ais dalam freezer boleh ‘serang’ lauk dan akan menyebabkan rasa ‘freezer burn’.

Jadi, laburlah lebih sedikit untuk beli bekas yang elok dan tahan lama. Ini akan menjamin lauk lebih selamat dimakan.

BACA : 5 Fungsi Dryer Yang Selalu Diabaikan Tapi Sangat Berguna

6. Susun dalam peti sejuk elok-elok

Walaupun nampak remeh, cara anda menyusun lauk frozen dalam peti beku juga memberikan kesan yang besar. Kalau peti bersepah, lauk masak boleh tercemar dengan bahan mentah seperti ayam atau ikan segar.

Sebaiknya, asingkan rak untuk lauk masak dan rak untuk bahan mentah. Susun lauk masak di bahagian atas dan bahan mentah di bahagian bawah.

Gunakan bakul plastik kecil atau bekas susun supaya ruang peti beku lebih kemas. Bila peti beku teratur, udara sejuk dapat bergerak dengan lebih lancar.

Lauk beku pun dapat kekal pada suhu yang stabil. Ini salah satu rahsia kenapa lauk frozen dapat bertahan selama berminggu-minggu.

7. Label dan tarikh

Nak lebih kemas dan teratur, biasakan diri label setiap bekas dengan nama lauk dan tarikh lauk disimpan. Ini nampak simple tapi sangat membantu.

Bila dah penuh freezer, kadang-kadang kita sendiri pun lupa lauk apa yang kita simpan. Dengan label, anda senang buat sistem FIFO (First In First Out).

Makan lauk yang disimpan paling awal terlebih dahulu supaya tak ada lauk yang terperuk sampai lupa. Gunakan label pelekat atau marker waterproof supaya tulisan tak hilang bila terkena ais.

8. Cair dan panaskan dengan betul

Apabila tiba masa nak makan, cara nyah beku pun penting untuk kekalkan rasa lauk. Sebaiknya keluarkan lauk dari freezer dan pindahkan ke bahagian chiller atau peti sejuk biasa terlebih dahulu selama satu malam.

Cara ini lebih selamat kerana suhu terkawal. Kalau terdesak nak cepat boleh guna fungsi defrost microwave. Bila panaskan semula lauk gunakan api yang perlahan atau kaedah stim supaya tekstur lauk tidak rosak.

Elakkan menggoreng semula lauk frozen kerana cara ini boleh mengubah rasa asal dan buat lauk jadi terlalu kering. Panaskan perlahan-lahan, kacau perlahan dan hidang panas-panas adalah lebih baik.

Sekarang anda dah tahu rahsia lauk frozen tahan lama dan kekal sedap. Dengan sedikit ilmu dan disiplin, dapur anda sentiasa ada stok kecemasan yang jimat masa dan tenaga.

Bahan yang segar, cara masak yang betul, portion bijak dan peti beku yang kemas. Semua ini kunci rahsia yang ramai orang terlepas pandang. Lepas ni, cuba praktikkan satu per satu tip ini. Confirm lauk frozen anda rasa macam baru lepas keluar dari periuk.

Sumber : simplot, sanitarium

BACA : Ramai Tak Tahu: Touch ’n Go eWallet Ada Fungsi Toll SOS Balance