Lazada Mulakan Kiraan Detik Tiga Minggu Menjelang Jualan Mega Jenama 9.9
Jualan Mega Jenama Lazada 9.9 kembali berlangsung mulai jam 12.00 tengah malam pada 6 September hingga 11 September 2026, dengan pelbagai promosi menarik, tawaran kejutan serta tumpuan khas kepada jenama Malaysia dalam kategori terpilih. Penjimatan terbesar sempena 9.9 bermula pada jam 8.00 malam, 8 September, apabila diskaun terbaik Lazada dan baucar kempen paling menarik mula ditawarkan.
Tiga minggu menjelang jualan mega ini, Lazada mengumumkan beberapa tarikan utama bagi membantu pengguna merancang pembelian dan memilih produk lebih awal.
Jom Malaysia bersama Lazada: Kenali jenama pilihan ramai yang sebenarnya berasal dari Malaysia
Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Lazada bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) untuk mengetengahkan jenama, produk dan perniagaan hasil usaha rakyat Malaysia.
Menerusi Jualan Mega Jenama Lazada 9.9, orang ramai berpeluang mengenali dengan lebih dekat jenama Malaysia seperti Russell Taylors, KHIND, OGAWA, PerySmith, Case Valker, POH KONG, TRAPO, Dr Cardin, TTRacing, HABIB, GINTELL, Signature Market dan Beacon Mart.
Daripada perkakas rumah, produk kesihatan dan kesejahteraan kepada fesyen, permainan, makanan serta aksesori automotif, sebahagian daripada jenama ini mungkin sudah menjadi pilihan harian ramai tanpa menyedari bahawa jenama berkenaan sebenarnya lahir dan berkembang di Malaysia.
Sempena Jualan Mega Jenama Lazada 9.9, jenama terbabit akan memperkenalkan produk baharu, di samping menawarkan harga istimewa, promosi eksklusif dan penjimatan untuk tempoh terhad melalui kedai rasmi masing-masing di LazMall.
Mulai sekarang, pengguna boleh mengikuti kedai rasmi jenama pilihan, meneroka rangkaian produk yang ditawarkan serta menambah produk kegemaran ke dalam troli atau senarai keinginan. Maklumat lanjut mengenai produk baharu dan tawaran istimewa akan diumumkan menjelang 9.9.

Mulakan Persediaan dari Sekarang
Layari kedai LazMall yang mengambil bahagian dan tekan butang Add to Cart pada produk pilihan anda.
Simpan produk lain yang diminati dalam senarai keinginan supaya mudah dicari semasa kempen.
Ikuti kedai rasmi jenama kegemaran anda untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk dan tawaran kempen.
Semak aplikasi Lazada dari semasa ke semasa untuk mendapatkan baucar baharu dan mengetahui tawaran terkini.
Tetapkan peringatan untuk 8 September, jam 8.00 malam dalam kalendar anda kerana diskaun terbaik Lazada dan baucar kempen paling menarik mula ditawarkan.
Tawaran menarik sempena 9.9
Tawaran Kejutan RM19: Bermula jam 8.00 malam pada 8 September, nantikan tawaran RM19 bagi produk terpilih daripada jenama seperti King Koil, Thule, Pandora dan banyak lagi, dengan jumlah nilai keseluruhan melebihi RM190,000.Tawaran ini akan dibuka pada waktu terpilih sepanjang kempen.
Baucar Kempen: Nikmati potongan sehingga RM1,000 sepanjang tempoh jualan.
Stack & Save: Dapatkan penjimatan sehingga 50 peratus menerusi tawaran Stack & Save.
Crazy Brand Mega Offers: Nikmati tawaran istimewa daripada jenama LazMall dari pelbagai kategori.
Surprise Box: Dari 9 hingga 11 September, nantikan Surprise Box mulai jam 10.00 pagi, dengan pelbagai tawaran sepanjang hari.
Jaminan Harga Terendah: Beli-belah dengan lebih yakin melalui Jaminan Harga Terendah untuk produk terpilih.
Semua Free Shipping: Nikmati penghantaran percuma bagi pembelian yang layak sepanjang kempen.
Mulakan persediaan membeli-belah
Layari aplikasi Lazada menerusi telefon mudah alih atau http://www.lazada.com.my/ untuk melihat kedai LazMall yang mengambil bahagian dan membuat persediaan menjelang Jualan Mega Jenama Lazada 9.9.
