Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Ramai diantara kita yang pastinya meminati untuk membaca komik-komik sebelum zaman teknologi mengambil alih dunia pada hari ini.
Satu demi satu kita lihat industri penerbitan tidak dapat bertahan hasil daripada perubahan arus zaman.
Terdahulu, kita sudah sedia maklum bahawa majalah-majalah serta komik-komik yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak kita antaranya ialah Ujang, Apo dan banyak lagi telah pun dihentikan penerbitannya.
Terkini, majalah kreko pula ditimpa nasib yang sama selepas pada baru-baru ini syarikat majalah tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penerbitannya.
Susulan daripada itu, ramai netizen yang juga merupakan peminat majalah tersebut berasa sedih dan kecewa akan pengumuman yang dibuat itu.








Kehilangan nama-nama besar seperti Kreko ini pastinya akan memberi impak kepada sesiapa sahaja yang pernah membesar dengan membacanya.
Diharapkan pihak Kreko ada rancangan lain untuk terus kekal menghiburkan peminat-peminatnya.
Sumber: Facebook Kreko