Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Lebih 200 Gempa Susulan Terus Gegarkan Sulawesi Tengah

Fazidi

JAKARTA, 30 Sept (Bernama) — Lebih 200 gempa susulan berterusan berlaku di Sulawesi Tengah selepas gempa bermagnitud 7.4 Skala Richter menggoncang Kota Palu dan Donggala pada Jumaat.

Menurut data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, sebanyak 201 gempa susulan bermagnitud 2.9 hingga 6.2 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga 10 pagi ini.

Keadaan itu menyukarkan lagi kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan bangunan dan rumah.

Setakat malam tadi, mengikut data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sebanyak 410 mangsa disahkan terkorban, beratus cedera manakala ribuan rumah dan bangunan runtuh akibat gempa dan tsunami itu.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter menggoncang Sulawesi Tengah pukul 5.02 petang Jumaat yang turut menyebabkan berlakunya tsunami setinggi lebih tiga meter di pantai Palu dan Donggala.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata jumlah korban dikhuatiri terus meningkat ketika usaha mencari dan menyelamat mengalami pelbagai kesukaran.

“Pasukan mencari dan menyelamat mengalami pelbagai kesukaran berikutan kekangan akses komunikasi, bekalan elektrik dan akses jalan raya rosak teruk,” katanya dalam satu kenyataan.

Sutopo berkata usaha pendataan mangsa yang terkorban juga tidak dapat dikumpulkan dengan cepat akibat kekangan telekomunikasi dan akses jalan ke kawasan yang teruk akibat gempa dan tsunami itu.

Beliau berkata lebih 30,000 penduduk Sulawesi Tengah kini berada di pusat-pusat pemindahan sementara, selain menyelamatkan diri ke kawasan tanah tinggi.

“Ramai penduduk berada di kawasan bukit berikutan trauma dengan gempa dan tsunami.

“Mereka tidur di jalan raya. Mereka amat memerlukan bantuan bekalan air bersih, makanan, selimut dan ubat-ubatan,” katanya.

Beliau berkata fokus pasukan penyelamat kini di Hotel Roa Roa setinggi lapan tingkat yang runtuh, pantai Palu, pantai Pantai Talise, dan Perumahan Balaroa.

Sementara itu, menurut laporan agensi berita Antara, lapangan terbang Mutiara SIS Al Jufri Palu, Sulawesi Tengah mula dibuka hari ini, yang lebih menjurus kepada penerbangan mencari dan menyelamat, penerbangan kecemasan dan kemanusiaan.

Pengurus Hubungan Masyarakat AirNav Indonesia, Yohanes Sirait berkata penerbangan di lapangan terbang itu menggunakan sistem manual berikutan mengalami kerosakan teruk akibat gempa.

Berdasarkan video dan foto yang dikongsi dalam media sosial, mayat-mayat mangsa yang terkorban bergelimpangan di jalan raya dan di kawasan kediaman Kota Palu dan Donggala, rumah dan bangunan musnah teruk selain jalan raya retak dan jambatan runtuh.

Pemerintah Indonesia kini mengerahkan tentera dan polis bagi menangani operasi mencari dan menyelamat.

Sumber : BERNAMA