Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
pelancong icqs thailand
Gambar: BERNAMA

Lebih 51,000 Pelancong Ke Thailand Melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

Nurhanis

Lebih 51,000 Pelancong Ke Thailand Melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR, 15 Sept (Bernama) — Lebih 51,000 pelancong telah melalui pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam untuk ke Thailand bersempena dengan cuti persekolahan dan Hari Malaysia.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata jumlah berkenaan direkodkan sejak Khamis hingga semalam dan dijangka terus meningkat.

Beliau berkata pada masa sama jumlah pelancong yang memasuki Thailand melalui ICQS Kota Putra, Kuala Nerang pada Jumaat dan Sabtu lepas adalah sebanyak 6,003 orang.

“JIM ingin mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan kesesakan dan menjamin kelancaran perjalanan serta mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JIM Kedah telah mengambil langkah proaktif dalam menghadapi peningkatan bilangan pelancong dengan membuka enam kaunter tambahan di pintu sempadan bagi menampung keperluan.

Mohd Ridzzuan juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk menyemak status perjalanan imigresen mereka terlebih dahulu bagi mengelak masalah di saat akhir seperti melibatkan sekatan akibat tidak membayar cukai pendapatan atau rekod kesalahan yang boleh menghalang perjalanan ke luar negara.

“Pastikan pasport sah dan lengkap sebelum ke sempadan serta sila patuhi peraturan Imigresen Thailand dan menjaga adab sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Insurans perjalanan yang lengkap juga disarankan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak membawa masuk barang-barang larangan yang diharamkan oleh kerajaan ke negara ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tak Pasal-pasal Jadi Duta, Pemuda Minta Sunting Gambar Suasana Merdeka Buat Ramai Terhibur