Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lebih 70 Tiang Elektrik Tumbang Selepas Lori Langgar Kabel
Lebih 70 tiang elektrik dilapor tumbang selepas sebuah lori kontena melanggar lalu tersangkut pada kabel telekomunikasi ketika melalui sebuah jambatan di Thailand.
Menurut The Thaiger, kejadian tersebut berlaku di pintu masuk Kawasan Perindustrian Bang Pu, wilayah Samut Prakan pada 30 Januari lalu.
Pihak polis dan pegawai Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan (MEA) segera ke lokasi selepas menerima makluman mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).
Difahamkan, siasatan awal mendapati lori berkenaan melanggar serta mengheret kabel elektrik ketika melintasi jambatan, sekali gus menyebabkan lebih 70 tiang tumbang sepanjang kira-kira dua kilometer.
Tiang setinggi 12 meter itu tumbang secara berantai, manakala peralatan elektrik yang dipasang, termasuk transformer serta komponen pengagihan kuasa lain turut mengalami kerosakan.
The Thaiger melaporkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pejalan kaki atau pengguna jalan raya dalam kejadian itu.

Beberapa pegawai MEA memaklumkan jumlah kerosakan masih dalam penilaian, namun dianggarkan mencecah jutaan baht.
Insiden berkenaan turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas serta gangguan bekalan elektrik secara meluas.
Bagi mengelakkan kesesakan pada waktu puncak, lebih 200 pegawai dikerahkan untuk membersihkan tiang tumbang dan sisa serpihan di atas jalan raya.