Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isu kontroversi melibatkan Argentina pada Piala Dunia 2026 mencetuskan perhatian apabila satu petisyen dalam talian yang menggesa FIFA menyingkirkan juara bertahan itu daripada kejohanan berkenaan berjaya mengumpul lebih 8 juta tandatangan.
Petisyen yang dimuat naik menerusi laman argentinaout.com itu mendakwa Argentina menerima layanan istimewa daripada FIFA serta pegawai pengadil sepanjang kejohanan, sekali gus mencetuskan dakwaan wujudnya ketidakadilan dalam saingan tersebut.
Walaupun membawa nama Argentina dan Piala Dunia, laman berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan FIFA atau mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan.

Dalam kenyataan di laman tersebut, pengendali petisyen mendakwa keputusan perlawanan memberi kelebihan kepada Lionel Messi dan rakan sepasukannya, selain mempersoalkan kewajaran pasukan lain meneruskan persaingan jika keputusan kejohanan dikatakan sudah ditentukan.
“Jelas FIFA dan pengadil berat sebelah terhadap Lionel Messi dan Argentina. Mengapa seluruh dunia perlu bersaing jika pemenang sudah ditentukan?
"Singkirkan Argentina daripada Piala Dunia dan berikan peluang yang adil kepada semua pasukan lain,” menurut kenyataan itu..
Bagaimanapun, kesahihan serta ketelusan laman berkenaan tidak diiktiraf, manakala petisyen itu tidak mempunyai sebarang kuasa undang-undang.
FIFA kekal sebagai badan tunggal yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan penyertaan sesebuah pasukan dalam Piala Dunia.
Argentina juga kekal dijadualkan menentang England pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 di Atlanta pada 16 Julai.