Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih RM2.3 Juta Diperuntukkan Untuk Bantuan Awal Persekolahan Di Labuan

bantuan awal persekolahan labuan
Gambar: Bernama

Lebih RM2.3 Juta Diperuntukkan Untuk Bantuan Awal Persekolahan Di Labuan

LABUAN, 26 Jan (Bernama) — Lebih RM2.3 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 diluluskan untuk kesemua 27 sekolah di Labuan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif sekali bayar sebanyak RM150 itu perlu diberikan kepada setiap pelajar atau ibu bapa tanpa sebarang potongan lain termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Ibu bapa yang menerima bantuan bukan dalam jumlah penuh perlu membuat laporan kepada kementerian.

“Berdasarkan garis panduan, tiada potongan bayaran BAP kepada pelajar yang layak tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan hari ini.

BACA: Keputusan Kajian Skim Saraan Penjawat Awam Turut Terpakai Kepada Ahli Politik – Anwar

Pada Oktober tahun lepas, Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak RM788.13 juta telah diperuntukkan untuk BAP di bawah Belanjawan 2024, yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta pelajar.

BAP sebanyak RM150 setiap seorang itu diagihkan bermula bulan ini bertujuan mengurangkan beban kepada ibu bapa dan penjaga dalam membuat persediaan persekolahan anak mereka.

Sumber: BERNAMA