Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar via Google

Lebih Tua Dari Tulisan Jawi, Kenali Aksara Rencong, Asli Dari Alam Melayu Tanpa Pengaruh Tulisan Sanskrit

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Adakah tulisan jawi merupakan aksara tertua yang digunakan di alam Melayu? Sebenarnya tidak, ada lagi aksara yang lebih tua berbanding Jawi iaitu Rencong, Kawi, Palava.

Walaupun bagaimanpun, tulisan Rencong, Kawi dan Palava telah sudah lama pupus manakala kedudukan Jawi pula boleh dikatakan terancam. Rata-rata daripada kita, hanya mengguna tulisan Jawi ketika dibangku sekolah sahaja. Manakalan dalam kehidupan seharian, majoriti daripada kita sepenuhnya bergantung kepada penggunaan tulisan Rumi untuk tujuan komunikasi.

Tahukah anda, antara keempat-empat aksara tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenal pasti sebagai tulisan Melayu yang asli dan aksara ini didapati telah wujud lebih awal berbanding aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).

Memetik hantaran Facebook Prof. Dr. Solehah Yaacob, pensyarah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Abdulhamid Abusulayman (AHAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hal ini dibuktikan apabila aksara ini telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

Penggunaan Rencong, aksara Melayu kuno dalam masyarakat Melayu kuno

Bukan itu sahaja, aksara ini juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam Masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera.

Gambar via Google

Selain itu, ‘Aksara Rencong’ merupakan huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman kuno dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.

Nama tulisan ‘Rencong’ pula merujuk kepada perkataan Melayu yang memberi maksud ‘serong’ dan ia dikenali sedemikian disebabkan huruf-hurufnya yang berbentuk serong.

Untuk mengenali tulisan Rencong dengan lebih mendalam, mari kita telusuri penulisan lanjut Prof. Dr. Solehah Yaacob mengenai tulisan Rencong dibawah.

Aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu yang ada pengaruh Timur Tengah iaitu dari pengaruh tulisan Phonecian (tulisan Roman/Latin dicipta oleh bangsa Phonecian ini (mereka adalah Arab Proto).

Tulisan Rencong ini dikenali sebagai Text Redjang Ka Ga Ngan berasal dari Sumatra. Dipercayai telah wujud semenjak 700 sebelum Masehi. Bukan itu saja, Tulisan Lampong, Kerinchi, Mandailing, Padang, Batak merupakan tulisan dari Sumatra yang mempunyai pengaruh Phonecian.

Gambar via Facebook

Asli dari Alam Melayu, tiada pengaruh daripada tulisan Sanskrit

Begitu tulisan Makasar dan Bugis mempunyai pengaruh Phonecian. Suku-suku ini semuanya berada dalam kumpulan Malay Polynesia. Ini bermakna tulisan-tulisan ini bukan berevolusi dari tulisan Pallava yang digunakan dalam bahasa Sanskrit.

Tambahan pula, sejarah telah membuktikan hubungan evolusi tulisan Asoka hanya bermula sekitar 400 sebelum Masihi. Justeru, ahli sejarah bahasa kuno telah membuat kesimpulan bahawa tulisan-tulisan terawal di Alam MMelayu tiada pengaruh bahasa Sanskrit.

Pengaruh bahasa Sanskrit telah muncul ketika pelombong-pelombong emas dan peniaga-peniaga kain kapas datang dari India sekitar kurun yang ke-3 Sebelum Masihi atau kurun ke-2 Sebelum Masihi.

Gambar via Google

Hakikatnya, bahasa Sanskrit tersebut mempunyai pengaruh bahasa Greek dan Indo Eropah, yang mana bahasa Greek dan tulisannya juga mempunyai pengaruh dari tulisan Phonecian pada peringkat awal iaitu, tulisannya bermula dari kanan ke kiri. Kemudian ia ditukar kepada kiri ke kanan untuk menjaga jati diri bangsa Greek.

Begitulah serba sedikit sejarah berkenaan aksara rencong ini dan tamadun di Alam Melayu. Semoga bermanfaat.

BACA: Penulis Buku Kongsikan Kosa Kata Melayu Indah Yang Jarang Digunakan Hari Ini

Sumber: Prof. Dr. Solehah Yaacob via Facebook