Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Legenda Brazil Ronaldinho menjangkakan bintang bola sepak terkenal Argentina, Lionel Messi boleh bermain sehingga berusia 50 tahun, lapor Yahoo.
Ronaldinho yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan Selcao yang memenangi Piala Dunia 2002, memaklumkan dirinya tidak terkejut melihat Messi masih beraksi pada tahap tertinggi di usianya.
Apabila ditanya sama ada dia menjangkakan untuk melihat Messi bermain pada standard tinggi seperti ini di Piala Dunia Qatar, Ronaldinho memaklumkan bagi penyerang itu mungkin tahap ini adalah normal.
“Dia telah menjadi yang terbaik di dunia selama bertahun-tahun. Ia adalah Piala Dunia terakhirnya, tetapi saya pasti dia akan kembali dan melakukan apa sahaja untuk menang.
“Bagi saya, dia boleh bermain sehingga berumur 50 tahun kerana dia mempunyai lebih banyak kualiti daripada yang lain,” katanya.
Ketika usia 35 tahun, Messi memainkan peranan penting untuk Argentina di Qatar ekoran mahu mendapatkan trofi Piala Dunia yang pertama ketika eranya.
Untuk rekod, Messi berjaya menjaringkan lima gol dalam kejohanan itu hingga dinobatkan menjadi penjaring gol terbanyak La Albiceleste mengatasi Gabriel Batistuta.
Messi boleh menamatkan kariernya dengan memberi pengakhiran yang menakjubkan menentang Perancis, yang mahu mencipta sejarah sendiri sebagai negara pertama mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil pada 1962.
Media turut melaporkan Argentina mungkin mampu menjulang Piala Dunia malam ini sekiranya mampu menumpaskan Perancis yang juga pernah bergelar juara sebelum ini.
Sementara itu prestasi Perancis boleh dikatakan agak ampuh buat masa ini berdasarkan rekod perlawanan-perlawanan terdahulu sebelum berjaya mara ke pusingan akhir.
Ronaldinho yang pernah bersama Brazil menjuarai Piala Dunia sebelum ini turut memuji penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe yang mampu beraksi baik setanding Pele pada usia seawal 23 tahun.
“Saya suka melihat Mbappe bermain. Dia melakukan segala-galanya dengan baik dan dia masih muda.
“Dia mempunyai semua kualiti, kelajuan, cara menggelecek dan mempunyai ketenangan yang baik apabila bermain di padang,” ujar Ronaldinho.
Mengulas mengenai Didier Deschamps, Ronaldinho berkata pemain itu boleh menjadi ketua jurulatih kedua memimpin pasukan untuk memburu dua edisi Piala Dunia yang berasingan selepas Vittorio Pozzo dari Itali.
“Didier Deschamps sangat bagus, dia merupakan pemain yang sangat mengetahui selok-belok mengenai bola sepak.
“Saya suka cara Perancis mengajar dia. Di Brazil dia mempunyai imej yang sangat baik dan kami menghargai cara Les Blues bermain,” katanya.
Semalam, Croatia dinobat tempat ketiga Piala Dunia selepas menewaskan gergasi Afrika, Morocco 2-1 pada perlawanan malam tadi.
Manakala Argentina pula bakal berentap dengan Perancis pada saingan peringkat akhir Piala Dunia Qatar pada malam ini.
Sumber: Yahoo