ISKANDAR PUTERI, 13 November 2026 – Suasana perayaan Krismas kini tiba lebih awal di LEGOLAND Malaysia Resort dengan pelbagai binaan bertemakan musim perayaan, persembahan secara langsung dan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Berlangsung bermula 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027, acara BRICK-TACULAR Holidays menjemput orang ramai untuk meraikan Krismas, memeriahkan cuti hujung tahun serta menyambut Tahun Baharu bersama-sama.Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan sehingga RM100,000!
Bantu Santa Di ‘Santa’s Playtown’ Namun sebelum kemuncak perayaan, Santa memerlukan sedikit bantuan kerana bengkelnya kini terlalu sibuk dan para 'elf' memerlukan tenaga tambahan. Di Santa’s Playtown, seisi keluarga boleh menyertai misi ini dengan mendapatkan Elf Mission Card dan menyahut pelbagai cabaran membina, mencari serta mencipta. Daripada aktiviti LEGO® Music Notes hinggalah ke Letters to Santa, setiap sudut menjanjikan keseronokan dan kenangan manis buat keluarga.
Menang Hadiah Setiap Hari Bernilai RM100,000 Kemeriahan berganda pada bulan Disember nanti. Bermula 1 hingga 30 Disember, Advent Calendar Lucky Draw memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi pelbagai hadiah menerusi cabutan harian. Anda hanya perlu berbelanja RM199 ke atas untuk produk LEGO atau makanan dan minuman di dalam taman tema untuk layak menyertai cabutan harian ini yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000.
Peluang Terbang Ke Itali Untuk Peminat Ferrari Buat peminat LEGO Ferrari pula, pemegang Pas Tahunan (Annual Passholders) berpeluang menyertai pertandingan LEGO® Ferrari Build & Race dengan berkongsi hasil rekaan LEGO Ferrari F50 mereka di Instagram atau TikTok serta menghantar borang penyertaan.
Dua keluarga bertuah bakal memenangi pengalaman eksklusif Ferrari di Maranello dan Modena, Itali, termasuk lawatan ke muzium Ferrari serta jelajah kilang eksklusif. Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2027, jadi lebih ramai berpeluang untuk mencuba nasib.
Pelbagai Aktiviti Menarik Di Seluruh Resort & SEA LIFE Semangat perayaan diteruskan di seluruh resort dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan:
Live Festive Shows & Elf Carnival: Saksikan karakter perayaan LEGO beraksi di atas pentas dengan muzik dan hiburan interaktif, bergambar bersama karakter kegemaran, mencuba cabaran karnival serta mencipta perhiasan Krismas untuk dibawa pulang.
Build to Give Workshop: Pengunjung boleh membina bentuk hati menggunakan LEGO dan berkongsi kegembiraan sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan #BuildToGive.
SEA LIFE Malaysia: Sertai The Elf on the Shelf Sea Star Search, iaitu laluan interaktif Krismas di mana pengunjung perlu mengumpul kepingan Tapak Sulaiman (Sea Star) untuk membina Christmas Sea Star Medalliondan membawa pulang Sijil Bintang Krismas eksklusif. Pengunjung juga berpeluang bertemu Seastar, maskot terbaharu keluarga SEA LIFE.
Waktu Operasi Dilanjutkan & Persembahan Khas Sambutan Krismas menjadi lebih meriah dari 25 hingga 27 Disember apabila LEGO Band Jamboree, Cheer Squad Academy dan perarakan BRICK-TACULAR Festive Marchmemeriahkan jadual harian.
Bagi memberi lebih masa kepada keluarga untuk berhibur, taman tema ini turut melanjutkan waktu operasinya iaitu sehingga jam 8.00 malam pada setiap hujung minggu sepanjang Disember, dan dibuka sehingga jam 9.00 malam bermula 25 Disember dan seterusnya.
Pertunjukan 500 Dron Pertama Pada Malam Tahun Baharu Menjadikan sambutan tahun ini luar biasa, LEGOLAND Malaysia Resort bakal mempersembahkan pertunjukan besar-besaran 500 dron buat julung kalinya pada malam Ambang Tahun Baharu.
Menggabungkan penceritaan berinspirasikan LEGO dengan teknologi dron, pertunjukan udara selama 15 minit ini akan menerangi langit malam dengan elemen ikonik LEGOLAND, alunan muzik serta narasi sebelum diakhiri dengan detik kiraan (countdown) bagi menyambut tahun 2027. Keseronokan turut diteruskan pada 31 Disember menerusi acara A Brick-Tastic New Year Jam yang menggabungkan muzik secara langsung, tarian dan karakter LEGO.
Menurut Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, Cs Lim, acara BRICK-TACULAR Holidays direka khas untuk menyatukan keluarga melalui magis musim perayaan.
“Daripada membantu Santa dalam misi Krismasnya hinggalah menikmati hiburan secara langsung dan meraikan kedatangan tahun baharu, kami mahu setiap keluarga mencipta detik keseronokan, kreativiti dan kebersamaan yang istimewa di LEGOLAND Malaysia Resort,” katanya.
Diskaun 50% Tiket Harian Untuk Rakan Pemegang Pas Tahunan Bagi mereka yang ingin datang berulang kali,pemegang semua jenis kad Pas Tahunan (Annual Pass) LEGOLAND Malaysia Resort boleh membawa rakan mereka dengan potongan harga 50% bagi tiket harian, selain menikmati diskaun untuk produk LEGO terpilih.
Dengan sambutan yang berterusan sehingga 3 Januari 2027, inilah masa terbaik untuk berkumpul dan mencipta memori indah bersama insan tersayang. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari laman web rasmi LEGOLAND Malaysia Resort atau ikuti laman Facebook dan Instagram mereka.

