Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LEGOLAND Sambut Ulangtahun Ferraru Build & Race

ISKANDAR PUTERI – Siapa sangka, hujung minggu lalu pengunjung di LEGOLAND® Malaysia Resort berpeluang melihat deretan kereta mewah Ferrari yang 'sebenar' diparkir betul-betul di hadapan pintu masuk utama taman tema tersebut!

Iklan

Sempena menyambut ulang tahun pertama tarikan Ferrari Build & Race pada 21 dan 22 November lalu, pihak LEGOLAND® Malaysia Resort telah menjemput seramai tujuh orang pemilik Ferrari dari Malaysia dan Singapura bersama keluarga masing-masing sebagai tetamu eksklusif untuk penginapan peribadi selama dua hari.

Sepanjang hujung minggu tersebut, deretan jentera berprestasi tinggi milik tetamu jemputan itu diletakkan di pintu masuk Taman Tema dan Hotel LEGOLAND. Bagi kebanyakan pengunjung cilik yang hadir pada hari tersebut, ia menjadi detik pertama mereka melihat kereta Ferrari sebenar di depan mata, hanya beberapa langkah dari tempat mereka membina dan berlumba kereta versi blok LEGO® mereka sendiri.

Lebih istimewa, keluarga pemilik Ferrari ini turut diberikan sesi eksklusif untuk menikmati tarikan Ferrari Build & Racesecara peribadi. Anak-anak mereka berpeluang duduk di tempat duduk pemandu model Ferrari F50 bersaiz sebenar yang dibina menggunakan blok LEGO®, membina serta menguji kereta rekaan sendiri di laluan tanjakan (jump and drift ramps), malah berlumba di atas litar ujian Pista di Fiorano versi pemetaan projeksi (projection-mapped).

Perjalanan hujung minggu mereka diteruskan dengan layanan VIP di sekitar Taman Tema, lawatan di sebalik tabir di SEA LIFE Malaysia, serta meluangkan masa bersuka ria di Taman Tema Air LEGOLAND.

Untuk rekod, Ferrari Build & Race telah dibuka pada November 2025 sebagai tarikan LEGO® Ferrari Build & Race yang pertama di Asia. Tarikan utamanya adalah model LEGO® Ferrari F50 bersaiz sebenar yang pertama di dunia — dibina menggunakan lebih 420,000 kepingan LEGO®, mengambil masa 1,306 jam untuk disiapkan dan mempunyai berat sekitar 1,600 kilogram.

Menurut Naib Presiden LEGOLAND® Malaysia Resort, Cs Lim, sambutan ini membawa makna yang cukup besar buat pihaknya.

“Kami membina Ferrari Build & Race supaya kanak-kanak dapat mereka bentuk, menguji dan berlumba menggunakan Ferrari ciptaan mereka sendiri. Melihat kanak-kanak ini berdiri di sebelah kereta yang sebenar, bersama keluarga yang berkongsi minat yang sama, adalah cara terbaik untuk meraikan tahun pertama tarikan ini,” katanya.

Tarikan Ferrari Build & Race ini terletak di dalam Taman Tema LEGOLAND® Malaysia. Bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman ini, maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati menerusi laman tempahan rasmi LEGOLAND Malaysia Resort atau ikuti laman Facebook dan Instagram mereka.