Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Leher Tertusuk Trisula 1.5 Kaki Akibat Bergaduh, Lelaki Dakwa Tak Ada Rasa Sakit
Menurut Daily Star, lelaki tersebut turut memaklumkan kepada doktor bahawa dia tidak mengalami rasa sakit akibat daripada kecederaannya itu.
Difahamkan, kejadian berlaku semasa pemuda berusia 33 tahun itu bergaduh dengan dua lelaki di tempat kerja di Kalyani.
Ekoran tidak dapat menahan kemarahan, salah seorang daripadanya menikamnya dengan trisula berusia 150 tahun yang berukuran 1.5 kaki.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan pada 28 November dan terpaksa dipindahkan ke hospital khusus sejauh 65 kilometer ekoran memerlukan pembedahan.
Gambar grafik menunjukkan trisula terjolok dari sebelah lehernya hingga tertembus di bahagian sebelah lain, namun lelaki itu terlihat tenang walaupun kecederaannya berada di tahap yang teruk.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual


Namun, punca pergaduhan itu masih belum diketahui berserta identiti orang yang bertanggungjawab bagi serangan ngeri itu.
Ketua pakar bedah Dr Pranabashish Banerjee melakukan pembedahan kecemasan pada 3 pagi untuk mengeluarkan senjata tajam dari leher lelaki terbabit.
“Kami mula menjalankan pembedahan sokongan dengan meletakkan tiub trakeostomi di saluran pernafasan untuk bernafas dan kemudian memulakan pembedahan kami.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“Tiada struktur penting yang tercedera kerana rod itu secara ajaibnya melepasi organ penting termasuk karotid, urat dalaman, trakea, esofagus dan saraf tunjang,” katanya.
Menurut sumber dari hospital, lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia tidak mengalami rasa sakit atau sebarang tidak keselesaan di bahagian lehernya.
Bahagian leher yang ditikam dipercayai tidak terkena pada bahagian urat atau arteri yang membuatkan dia berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada yang disangkakan.
“Tiada tanda darah atau kecederaan yang membuatkan saya terkejut. Hanya kesan darah ditemui di luar mulutnya,” ujar Dr Banerjee menerangkan insiden itu.
Sumber: Daily Star