Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Alami Gangguan Jiwa Maut Tergelincir Dalam Kolam Ikan Keli

Kredit: Kompas.com

Seorang petani di Indonesia dilapor meninggal dunia didakwa akibat tergelincir ke dalam sebuah kolam ikan keli milik penduduk di Dusun Gendungan, Kabupaten Wonogiri, semalam.

Tragedi tersebut diketahui oleh salah seorang jiran mangsa yang juga merupakan pemilik kolam ikan keli tersebut.

Memetik Kompas.com, pemilik kolam tersebut yang bernama Sumi, melihat susuk badan manusia yang terapung di dalam kolamnya.

Lantaran itu, dia bergegas pergi memanggil ayah mangsa dan membuat laporan polis di Balai Polis Jatipurno,

Menurut ayah mangsa, kali terakhir dia melihat anaknya itu adalah pada 16 Februari, Rabu yang lalu.

“Ekoran laporan tersebut dibuat, pasukan polis bersama pasukan perubatan menuju ke tempat kejadian,” lapornya.

Menurut Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Wonogir, Aiptu Iwan Sumarsono, ketika hendak dipindahkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di permukaan air dan seluruh badan telah membengkak.

Melalui pemeriksaan luaran, tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan mangsa yang dapat dikesan, lapor pasukan perubatan.

Walau bagaimanapun, keluarga mangsa tidak mahu bedah sisatan dilakukan dengan surat pengecualian. Selain itu, menurut keluarga, mangsa mengalami gangguan jiwa sebelum ditemui meninggal.

Sumber: Kompas.com