Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Berdepan Detik Cemas, Peluru Meriam Era Perang Dunia I Tersangkut Di Dubur
Sebuah hospital di Perancis gempar apabila seorang warga emas tiba di hospital bersama peluru meriam zaman Perang Dunia I yang tersekat di duburnya, lapor New York Post.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas itu memaksa sebahagian daripada wad hospital dipindahkan ke kawasan yang selamat.
Menurut New York Post, pesakit berusia 88 tahun itu telah pergi ke Hospital Sainte Musse di Toulon untuk mengeluarkan bahan letupan antik itu.
Namun begitu, kekecohan telah tercetus akibat daripada “ketakutan kepada bom tersebut”, lapor penerbitan Var-Martin Perancis.
“Kecemasan berlaku dari jam 9 malam hingga 11.30 malam pada hari Sabtu dan memerlukan campur tangan daripada agensi pemusnah bom. Pemindahan pesakit kecemasan dewasa dan kanak-kanak dibuat bagi mengelak daripada perkara yang tidak diingini terjadi,” kata jurucakap hospital tersebut.
“Kami terpaksa menguruskan risiko itu dalam rangka kerja reaktif. Disebabkan kejadian itu, kami terpaksa mengambil semua langkah berjaga-jaga,” sambung jurucakap itu lagi.
Pakar pemusnah bom di tempat kejadian merangkumkan bahawa terdapat kemungkinan kecil peluru itu akan meletup di dalam badan lelaki tersebut.
“Mereka meyakinkan kami dengan memberitahu bahawa ia adalah barang yang dikumpul dari Perang Dunia Pertama, yang digunakan oleh tentera Perancis,” kata hospital tersebut.

Doktor yang masih berada dalam keadaan terkejut kemudiannya memulakan proses untuk mengeluarkan objek yang berukuran hampir lapan inci dan lebih daripada dua inci lebar dari rektum lelaki berkenaan.
Menurut pihak hospital, mangsa kini berada dalam keadaan yang baik dan dijangka akan pulih sepenuhnya.
Sumber: New York Post