Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Lelaki Berdepan Detik Cemas, Ular Tiba-Tiba ‘Menumpang’ Atas Kereta
Kadang kala apabila memandu kenderaan di jalan raya, banyak perkara tidak terjangka berlaku. Walaupun kita telah bersiap sedia atau berhati-hati dengan segala kemungkinan, faktor luaran boleh berlaku tanpa diduga.
Ada sesetengah pemandu yang terpaksa berdepan situasi cemas apabila munculnya haiwan-haiwan di tengah jalan. Lebih menakutkan, ada juga ular yang tiba-tiba merayap di atas kereta.
Situasi itu telah dialami oleh seorang lelaki baru-baru ini apabila seekor ular sawa dilihat berada di atas keretanya.
Menerusi perkongsian @idhxmmm._ di TikTok, ular sawa itu merayap di atas keretanya ketika dia sedang memandu.

"Tengah bawa kereta, (ular) terus keluar dari bumper depan dan terus naik ke bonet depan," katanya kepada SK.
Menurutnya lagi, ular itu 'menumpang' di keretanya dan turun di Lebuhraya Elite.
Perkongsian itu membuatkan ramai merasa 'seram' dan tidak kurang juga ada yang berseloroh.
"Bayangkan abang dah nak sampai tol, pakai Touch n Go pulak"
"Ular: Banyak benda nak sembang ni, bukak tingkap kejap"
"Kalau ular masuk bonet, dia boleh masuk dalam tak, ada lubang tak dia boleh masuk celah-celah, soalan serius"
"Dah kenapa tali pinggang keledar dibiarkan dekat luar"
"Ya Allah kalau kena dekat aku ni sambil memandu sambil nangis ni"
"Kenapa tak bukak tingkap tu, dia nak tumpang. Sejuk kena angin malam dekat luar tu"