Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Dilapor Maut Dihempap Kereta, Didakwa Ketika Cubaan Mencuri Komponen Kereta Tersebut

Kredit: Fox 32

Seorang lelaki maut apabila kereta yang disasarkannya jatuh menimpanya didakwa semasa cubaan mencuri catalytic converter, memetik laporan Fox 32.

Kejadian ngeri ini dikatakan berlaku pada hari Rabu lalu di jalan masuk sebuah rumah di West Unionville India Trail Road berhampiran Monroe, North Carolina.

Timbalan Polis Daerah Union telah dipanggil ke rumah itu pada jam 5:45 petang sebaik sahaja pemilik rumah menemui mayat seorang lelaki di bawah kereta Toyota Prius miliknya.

Menurut detektif yang bertugas, lelaki itu kelihatan sedang memotong paip ekzos kereta itu untuk mencuri pemangkin gas tetapi picu itu dikatakan tergelincir, dan menyebabkan kereta itu menimpa ke atas lelaki berkenaan sehingga membunuhnya.

Semasa kejadian, pemilik kereta Toyota Prius itu tiada di rumah.

Menurut laporan, semasa wabak koronavirus ini meningkat, kes kecurian penukar pemangkin gas itu semakin meningkat. Disebabkan itulah penguatkuasaan undang-undang akan menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya menemui kes kecurian seperti ini.

Timbalan pegawai itu turut melaporkan bahawa pencuri (namanya tidak didedahkan) telah dilaporkan hilang pada awal pagi oleh isterinya.

Sumber: Fox32