Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki 'Godam' Sistem, Tidur Hotel Mewah Bayar 1 Sen

Athirah
Hotel Mewah
Kredit: AFP

Lelaki 'Godam' Sistem, Tidur Hotel Mewah Bayar 1 Sen

Polis Sepanyol dilapor menahan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana disyaki menggodam laman web tempahan hotel bagi menempah bilik mewah dengan bayaran serendah satu sen.

Menurut AFP, suspek dipercayai memanipulasi sistem pembayaran laman web tersebut sehingga tempahan berkenaan kelihatan seolah-olah telah dijelaskan sepenuhnya.

Difahamkan, hanya satu sen dikenakan bagi bilik yang berharga sehingga 1,000 Euro (kira-kira RM4,616) untuk satu malam.

Polis Kebangsaan Sepanyol berkata, ini merupakan kali pertama pihak berkuasa mengesan jenayah siber yang menggunakan taktik sedemikian.

Lelaki tersebut, yang merupakan warganegara Sepanyol turut mengambil barangan dari ‘minibar’ sepanjang penginapannya dan ada kalanya meninggalkan hotel tanpa menjelaskan bil.

Ketika ditahan, dia dilaporkan sedang menginap di sebuah hotel mewah di Madrid dengan tempahan selama empat malam berjumlah 4,000 Euro (kira-kira RM18,465).

Menurut AFP, lelaki itu telah beberapa kali menginap di hotel sama sehingga menyebabkan kerugian melebihi 20,000 Euro (kira-kira RM92,325) kepada pihak hotel.

Siasatan dimulakan selepas laman web tempahan dalam talian mengesan dan melaporkan aktiviti mencurigakan pada awal Februari.

Pada peringkat awal, transaksi berkenaan kelihatan diproses dengan sempurna.

Namun, ketidakteraturan itu hanya disedari beberapa hari kemudian apabila platform pembayaran memindahkan jumlah sebenar yang dibayar kepada syarikat yang terjejas.

Sumber:France 24