Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Guna AI Reka Ijazah “Kandartologi”, Hasilnya Buat Ramai Terhibur
Sebut sahaja nasi kandar, apa yang terlintas dalam kepala adalah nasi putih sepinggan, ayam goreng (berempah atau garing), sayur kubis, bendi rebus, telur rebus dan sotong yang ‘tenggelam’ dibanjiri kuah kari campur.
Restoran nasi kandar juga boleh ditemui dimana-mana sahaja. Jika nasi kandar yang dijual cukup padu dan ‘surr’, pasti kedai tersebut sesak dengan pelanggan setiap hari.
Hidangan ini juga mempunyai peminat tersendiri yang begitu setia, sehingga ada antara mereka yang tidak pernah berasa jemu untuk menikmatinya.
Baru-baru ini, hantaran seorang lelaki telah mencuri perhatian ramai apabila dia berfikir di luar kotak sewaktu menikmati sepinggan nasi kandar.
Menerusi hantaran @kowreck di Threads, dia meminta kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta satu 'program ijazah' yang unik iaitu Ijazah Sarjana Muda Kandartologi.
Apa yang lebih menghiburkan lagi, jawapan yang dikeluarkan seakan-akan menyerupai program-program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di universiti tempatan.
Ia termasuk nama program, tempoh pengajian dan struktur semester.
Maklumat Program
Nama Program: Ijazah Sarjana Muda Kandartologi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 4 Tahun (8 Semester)
Fakulti: Fakulti Gastronomi Warisan & Kulinari Mamak
TAHUN 1: Asas dan Falsafah Kandartologi
KAN1013: Sejarah dan Sosio-Budaya Nasi Kandar
KAN1023: Pengenalan kepada Anatomi Nasi Kandar
KAN1033: Botani dan Sains Rempah Ratus I
TAHUN 2: Teknikal, Kulinari dan Sains 'Kuah'
KAN2014: Sains dan Kejuruteraan Kuah Campur (Banjir)
KAN2024: Teknologi Lauk-Pauk dan Protein
KAN2033: Sayuran dan Pelengkap Hidangan
TAHUN 3: Operasi, Ekonomi dan Psikologi Pelanggan
KAN3013: Ekonomi Restoran Mamak dan Pengurusan Talian (Line Management)
KAN3023: Psikologi Pemilihan Lauk (Consumer Behaviour)
KAN3034: Amali Talian Kandar (Kandar Line Practicum)
TAHUN 4: Latihan Industri dan Inovasi Akhir
Pelajar diwajibkan untuk mengaplikasikan ilmu di dunia sebenar dan menghasilkan kajian asli.
KAN4016: Latihan Industri (Praktikal di Restoran Terkemuka). Penempatan selama 6 bulan di institusi Nasi Kandar tersohor (contoh: Deen Maju, Hameediyah, Tajuddin Hussain).
Pelajar akan diuji dengan syif puncak (waktu makan tengah hari dan tengah malam).
KAN4026: Projek Tahun Akhir (Tesis Kandartologi)
Penyelidikan bebas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads turut ‘melayan’ idea @kowreck dengan penuh kreativiti, malah ada yang bergurau kononnya sudah ‘graduasi’ dalam bidang tersebut.



