Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing
IPOH, 14 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di tali air berhampiran Jalan Kuala Parit Kampung Pasir Jenerih, Kampung Gajah semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan Mohd Asrul Aafendy Shazali, 36, yang mempunyai sakit sawan pada pukul 2.54 petang semalam.
“Kami segera menggerakkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dan bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air dari BBP Teluk Intan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian mangsa yang disyaki memancing di kawasan tersebut dari pagi tidak ditemukan, namun motosikal dan peralatan memancing dipercayai milik lelaki itu masih berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ketua operasi telah mengarahkan anggota membuat pencarian di kawasan sekeliling manakala pasukan PPDA melaksanakan pencarian di permukaan air di sekeliling kawasan kejadian.
“Tiga anggota bersama dua ekor anjing pengesan K9 turut digerakkan, bagi meneruskan operasi pencarian bersama agensi lain serta orang awam menggunakan bot pagi tadi.
“Pasukan menyelamat meneruskan pencarian dengan menggunakan teknik mengikut aliran arus serta pencarian di permukaan pada jarak radius dua kilometer,” katanya.
BACA: Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka
Sumber: Bernama