Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Hon Minta Laluan Cedera Ditetak Di Lebuhraya Persekutuan

BERNAMA
lelaki cedera
Kredit: Bernama

Lelaki Hon Minta Laluan Cedera Ditetak Di Lebuhraya Persekutuan

SHAH ALAM, 11 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan lengan, selepas ditetak dengan pisau pemotong daging oleh seorang lelaki lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan mengahala ke Kuala Lumpur, berdekatan Seksyen 13 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 45 tahun yang sedang menunggang motosikal ke tempat kerja di ibu kota, telah membunyikan hon kepada suspek kerana dipercayai menghalang laluan.

“Suspek lelaki tempatan berumur 43 tahun yang juga menunggang motosikal, dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa kerana membunyikan hon.

“Akibat daripada itu, suspek telah berhenti di tepi jalan dan kemudiannya menetak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarudin berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala suspek telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau dalam kenyataan sama, memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk hadi ke mana-mana balai polis berdekatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436.

Terdahulu tular video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi laluan motor Lebuhraya Persekutuan dengan kelihatan seorang lagi lelaki lain sedang mengacu pisau pemotong daging ke arahnya.