Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Indonesia Terkejut Dengan 'Aturan' Di Malaysia Ketika Ramadan

Iqbal Yasir
Lelaki Indonesia Terkejut
Kredit: TikTok @juneforsure

Lelaki Indonesia Terkejut Dengan 'Aturan' Di Malaysia Ketika Ramadan

Tidak dapat dinafikan, menetap di Malaysia menjadi impian ramai, khususnya mereka dari luar negara.

Lebih-lebih lagi, Malaysia sering dilihat sebagai sebuah negara yang bukan sahaja indah dan aman, malah teratur, selesa serta prihatin terhadap kebajikan rakyatnya.

Daripada kemudahan awam yang mesra pengguna, sistem pendidikan yang tersusun, sehinggalah kepada pelbagai program bantuan kerajaan yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

Ia mencerminkan komitmen dan keprihatinan negara terhadap kesejahteraan rakyatnya. Inilah yang menjadikan Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang membangun, tetapi sebuah negara yang berjiwa rakyat.

Perkara ini juga tidak terhenti sewaktu tibanya Ramadan, di mana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

Keunikan Malaysia Ketika Ramadan

Itulah yang pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pemuda Indonesia mengenai keunikan ketika Malaysia menyambut bulan Ramadan.

Kenapa aturan puasa di Malaysia bisa sekuat ini?

"Jujur, sebagai orang Indonesia yang tinggal di Malaysia, hal ini buat aku terkejut. Di bulan Ramadan, Muslim tak boleh makan atau minum di tempat umum.

"Bahkan di restoran pun tak boleh makan di tempat. Kalau memang lagi berhalangan dan tidak puasa, tetap boleh beli makanan. Tapi kamu harus take away.

"Kalau anda kantoi makan di tempat awam, anda bakal dibawa menaiki van jenazah dan dibawa keliling," kongsinya. 

Selain itu juga, dia menyatakan undang-undang di negara ini juga berpegang kepada hukum syariah.

Disebabkan itu, mana-mana individu beragama Islam akan dikenakan tindakan termasuk denda jika tidak berpuasa.

"Jadi, kalau kamu muslim yang kantoi makan atau minum di tempat awam ketika Ramadan, kamu boleh dihukum dengan dipenjara atau bayar denda.

"Memang di Malaysia aturannya lebih tegas untuk menjaga suasana Ramadan," luahnya,

Ramadan Di Indonesia

Sementara itu, berbeza pula situasi buat mereka yang ponteng puasa di Indonesia.

"Berbeza di Indonesia, kalau kamu tak puasa, biasanya kamu tetap boleh makan di restoran dan cuma ditutup pakai kain terpal atau tirai supaya lebih sopan," kongsinya.