Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ini Tak Kisah Restorannya Dibakar Perusuh, Asalkan Keadilan Untuk George Floyd Ditegakkan

george floyd
Kredit: Daily Mail

Bersolidariti dengan kematian George Floyd yang terbunuh ketika ditahan polis, pemilik sebuah restoran makanan India di Minneapolis rela premisnya dibakar perusuh.

Dalam satu kemaskini oleh Gandhi Mahal Restaurant, anak kepada pemiliknya, Hafsa berterima kasih kepada jiran yang cuba membantu melindungi premis itu. Namun, mereka tidak kisah bangunan itu terbakar asalkan keadilan dapat ditegakkan.

“Ini Hafsa. Anak perempuan Ruhel. Ketika saya duduk di sebelah ayah menonton berita, saya dengar dia bercakap di telefon, “Biarkan bangunan aku terbakar, keadilan perlu ditegakkan, letak pegawai-pegawai (polis) itu ke dalam penjara”.

“Gandhi Mahal mungkin telah merasakan nyalaan malam tadi, namun semangat untuk melindungi dan berdiri bersama masyarakat tak akan pernah mati,” tulisnya di Facebook.

Dia turut berpesan agar orang ramai tidak risau terhadap mereka. Katanya, mereka akan memperbaiki dan membina semula bangunan itu.

Hafsa turut mengakhiri kiriman itu dengan tanda pagar #JusticeforGeorgeFloyd dan #BLM yang bermaksud ‘Black Lives Matter’ – tanda pagar yang sering menjadi sebutan di media sosial apabila timbul kes diskriminasi melibatkan individu berkulit hitam di negara berkenaan.

Tindakan mereka mendapat pujian daripada segenap masyarakat yang terinspirasi dengannya. Malah, ada antara mereka yang menawarkan bantuan untuk membangunkan semula restoran berkenaan.

Beritahu kami bagaimana kami boleh bantu

“Saya tak pernah ke Minnesota dan saya tak tahu adakah saya akan ke sana. Tetapi saya ingin membantu kalian. Bila dah sedia, tolong beritahu kami bagaimana kami boleh bantu. Terima kasih atas solidariti dan kekuatan. Anda adalah inspirasi,” tulis Kate Goldman.

Terima kasih lindungi saya dan rakan

“Terima kasih sangat Gandhi Mahal sebab lindungi saya dan rakan semalam. Bukan sahaja kalian hidangkan makanan yang hebat tetapi biarkan kami berdiri di dalam bangunan untuk mengelak dari kekacauan di luar. Kami hargai kalian. Saya ingin membantu dalam mana-mana cara untuk tunjukkan rasa syukur saya,” tulis Kiarra Scott.

Ahli profesional datang tawar khidmat

Tidak ketinggalan, golongan profesional seperti peguam dan arkitek turut tampil menawarkan khidmat mereka.

“Tolong beritahu jika ada sesuatu yang boleh saya bantu kamu sekeluarga dan perniagaan kalian secara sukarela (pro bono),” tulis peguam, Tiana Towns.

Sementara itu, orang ramai turut menawarkan diri untuk menyumbang dari segi kewangan kepada pengusaha restoran berkenaan jika memerlukan.

“Ada tak Go Fund Me dan sebagainya?”

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd, 46 meninggal dunia setelah dikasari anggota polis yang menahannya.

Mangsa ditindih dengan lutut salah seorang pegawai polis selama kira-kira lapan minit hingga tidak sedarkan diri. Dia akhirnya disahkan meninggal dunia, menimbulkan kemarahan orang ramai di seluruh dunia atas diskriminasi dihadapinya.

Sumber: Daily Mail