Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Kongsi Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada ‘Iron’, Hanya Guna ‘Panadol Soluble’

Sha Rossa

Pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami masalah seterika atau iron yang mempunyai kesan hitam atau hangus di permukaannya. Ianya berpotensi untuk merosakkan pakaian apabila digosok. Silap-silap boleh berlubang baju!

Sebelum mengambil keputusan membeli seterika baru, apa kata cuba dulu tips mudah membersihkan seterika seperti yang dikongsikan di Twitter oleh akaun @achaiwong.

Caranya mudah. Hanya menggunakan panadol soluble yang digosok pada permukaan seterika, kesan hitam dan berkerak bukan sahaja hilang, tetapi kelihatan licin berkilat seperti baru dibeli!

Panaskan dulu seterika dan basahkan panadol sebelum digosok

Jika lubang kecik pada seterika tersumbat

Warganet turut berkongsi beberapa cara lagi yang boleh digunakan untuk membersihkan seterika dengan menggunakan bahan yang mudah.

Antaranya, seperti baking soda, garam, daun pisang, lilin dan pembersih yang dijual di kedai eco. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @achaiwong_