Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Lemas Jatuh Dalam Tangki Air Semasa Kerja Penyelenggaraan Di Stesen Jana Kuasa

Lelaki Lemas
Kredit: Bernama

Lelaki Lemas Jatuh Dalam Tangki Air Semasa Kerja Penyelenggaraan Di Stesen Jana Kuasa

Seorang pekerja kontrak lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki air berkedalaman lima meter ketika melakukan kerja penyelenggaraan di menara penyejuk di Kuala Langat Power Plant, Kuala Langat, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.29 malam semalam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa lelaki warga tempatan berusia 34 tahun dijumpai sekitar 4 pagi tadi selepas operasi pencarian dilakukan di dua kolam berkedalaman 10 meter di stesen jana kuasa berkenaan.

“Mangsa bersama rakan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mengantikan kayu di menara penyejuk sebelum rakannya keluar untuk mengambil kayu. Selang 15 minit apabila rakan mangsa sampai semula ke lokasi mendapati mangsa tiada di situ.

“Pada awalnya rakan mangsa percaya yang dia mungkin ke bilik air, sebelum mengesyaki berkemungkinan terjatuh selepas mangsa tidak muncul. Rakan mangsa telah memaklumkan kepada penyelia sebelum rollcall dan mendapati mangsa hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes telah diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum operasi melibatkan keanggotaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, BBP Pelabuhan Klang, dan BBP KLIA berkenaan ditamatkan pada 5.05 pagi tadi.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Seorang pekerja kontrak lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki air berkedalaman lima meter.
  • Mangsa berusia 34 tahun ditemukan sekitar 4 pagi selepas pencarian di dua kolam.
  • Operasi melibatkan tiga balai bomba ditamatkan pada 5.05 pagi sebelum kes diserahkan kepada polis.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan