Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas cubaan membunuh penulis novel dalam kes yang dibicarakan di sebuah Mahkamah New York, lapor Al Jazeera.
Menurut laporan penjabat peguam daerah Chautauqua, tertuduh, 24 yang berasal dari Fairview, New Jersey di New York telah ditahan dan didakwa atas cubaan membunuh penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie tanpa sebarang penjamin.
Peguam daerah, Jason Schmidt berkata dalam satu kenyataan bahawa tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat atas cubaan membunuh.
Bagaimanapun, tertuduh yang hadir dengan memakai baju serba hitam putih sambil tangan bergari mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan itu di mahkamah pada Sabtu.
Dalam pada itu, pihak polis juga menjelaskan bahawa motif sebenar serangan itu masih belum dikenal pasti.
Agensi penguatkuasaan undang-undang negeri dan persekutuan ketika ini sedang menentukan sama ada kes tambahan yang perlu difailkan terhadap tertuduh, jelas Schmidt.

Terdahulu, Salman Rushie, 75, ditikam pada bahagian leher dan badannya sewaktu berada di atas pentas dalam satu kejadian pada Jumaat lalu.
Menurut ejennya, Andrew Wylie memaklumkan bahawa mangsa mengalami kerosakan hati, saraf pada lengan terputus, mata cedera dan terpaksa menggunakan ventilator kerana tidak boleh bercakap.
Dalam masa sama, mangsa berkemungkinan kehilangan sebelah mata ekoran kecederaan yang dialami, jelasnya lagi.
Sementara itu, Presiden Institusi Chautauqua, Michael Hill dan pengacara majlis, Henry Reese menjelaskan bahawa tertuduh telah memperolehi pas untuk memasuki kawasan premis itu sebagai pelawat.
Untuk makluman, Rushdie terkenal dengan gaya prosanya dan dia memulakan dunia seni penulisan dengan novel Midnight’s Children yang pernah memenangi Hadiah Buku dari 1981.
Tambahan pula, novel The Satanic Verses atau Ayat-Ayat Syaitan mendapat ancaman oleh orang ramai sehingga mereka mahu membunuhnya selepas buku itu diterbitkan pada tahun 1988.
Difahamkan, bukunya itu ditentang oleh sebahagian besar umat Islam kerana dipercayai menyentuh sensitiviti agama hingga pernah diharamkan di Pakistan, India dan lain-lain.
Sumber: Al Jazeera