Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Minta Sunting Gambar Jadi Berambut Lebat, Terhibur Pula Lihat Hasil Karya Tukang Edit
Perkembangan teknologi penyuntingan gambar hari ini membolehkan pelbagai perubahan dilakukan hanya dengan beberapa klik.
Daripada memperbaiki pencahayaan sehinggalah mengubah penampilan seseorang, semuanya kini boleh dilakukan dengan mudah menerusi pelbagai aplikasi yang tersedia.
Disebabkan itu, ramai pengguna media sosial gemar berkongsi gambar yang telah disunting sama ada untuk tujuan hiburan, kreativiti mahupun sekadar memenuhi kehendak peribadi.
Tidak kurang juga yang mendapatkan bantuan individu lain yang mempunyai kemahiran menyunting gambar bagi menghasilkan hasil yang lebih menarik.
Namun begitu, tidak semua hasil suntingan berakhir seperti yang diharapkan.
Ada kalanya kreativiti tukang edit menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan menghiburkan dalam kalangan warga maya.

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Abdul Qawiy di Kumpulan Edit Apa Hari Ini telah memuat naik sekeping gambar di platform berkenaan.
Dalam hantaran tersebut, dia meminta bantuan orang ramai untuk menyunting gambarnya supaya kelihatan berambut lebih lebat, dengan harapan penampilannya tampak lebih kacak dan menarik.
"Kalau rambut lebat mesti handsome. Boleh edit ke?"
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing
Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar
Apa yang mencuit hati, penyunting gambar tersebut ternyata cukup kreatif dalam menyuntik elemen humor ke dalam setiap hasil suntingan yang dihasilkan.
Hasilnya bukan sahaja unik, malah berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial.
Melihat kepada hasil suntingan yang dikongsikan, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Setiap satu paparan membawa idea tersendiri yang tidak disangka-sangka, sekali gus membuatkan netizen terhibur dengan kreativiti luar kotak yang ditunjukkan.
Secara keseluruhannya, ia jelas membuktikan bahawa bakat dan kreativiti dalam kalangan warga maya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Malah, ada hasil suntingan yang benar-benar di luar jangkaan dan mampu mencetuskan gelak tawa.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.









