Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Temui Emas Lebih RM3 Juta Tertanam Di Laman Rumah

Athirah
Lelaki Temui Emas Lebih
Kredit: AFP

Lelaki Temui Emas Lebih RM3 Juta Tertanam Di Laman Rumah

Seorang lelaki warga Perancis dilapor telah menemukan harta karun berupa emas bernilai kira-kira AS$800,000 (kira-kira RM3.3 juta) ketika sedang menggali kolam renang di laman rumahnya awal tahun ini, lapor AFP.

Lelaki itu memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan selepas penemuan tersebut pada bulan Mei.

Pihak berkuasa kemudian membenarkan lelaki tersebut menyimpan emas itu kerana ia bukan berasal dari tapak arkeologi, kata Majlis Perbandaran Neuville-sur-Saone, timur Perancis semalam.

Menurut laporan akhbar Le Progrès, lelaki itu menemukan lima jongkong emas dan banyak syiling yang tertanam di dalam beg plastik.

Hasil siasatan pihak polis mendapati emas tersebut diperoleh secara sah dan telah dileburkan kira-kira ’15 hingga 20 tahun lalu’ di sebuah kilang penapisan berhampiran.

Majlis perbandaran berkata, pemilik terdahulu rumah itu telah meninggal dunia, namun bagaimana emas itu boleh tertanam di situ kekal menjadi misteri.

BACA: ZUS Coffee Kongsi Kenyataan Rasmi Terkini Kes Tular Libatkan Zurista
BACA: Jambatan Di China Dilapor Runtuh Selepas Beberapa Bulan Dibuka

Sumber: France24 via AFP